FAQ

1.      Apa yang dimaksudkan dengan AEV ?
AEV adalah “Amphibious Electric Vehicle” atau Kenderaan Elektrik Amfibia. Para peserta perlu merekacipta sebuah kenderaan yang dapat bergerak di atas dua (2) jenis permukaan secara berterusan tanpa henti, iaitu 5 meter di atas darat dan 5 meter di atas air.

2.      Sekiranya saya menggunakan lebih daripada 2 biji bateri AA, iaitu 4 biji keseluruhan dan jumlah output tidak melebihi 3 V, adakah ia dibenarkan?
Ya. Sila rujuk contoh di bawah.


Sambungan Siri / Selari

3.      Pada sesi “test-run”, perlukah semua pasukan hadir ?
Tidak. Sesi “test-run” hanya untuk pasukan yang ingin mencuba rekaan mereka sebelum hari pertandingan.

4.      Bolehkan saya mengubah suai rekaan kenderaan elektrik amfibia selepas mendaftar pada hari pertandingan?
Tidak boleh. Kerja-kerja pengubahsuaian tidak boleh dijalankan selepas rekaan kenderaan elektrik amfibia didaftarkan. Pasukan yang didapati berbuat demikian akan disingkirkan daripada pertandingan tersebut.

5.      Adakah semua pasukan wajib menggunakan starter kit yang dibekalkan oleh pihak penganjur?
Tidak wajib. Sila rujuk syarat-syarat pertandingan.

6.      Bolehkan pengubahsuaian dibuat ke atas starter kit yang dibekalkan oleh pihak penganjur?
Boleh.

7.      Pasukan saya ingin menambah motor ke atas rekaan AEV. Adakah dibenarkan?
Ya.

8.      Sekirannya kenderaan AEV saya tenggelam ketika memasuki kawasan air, bolehkan saya membuat retry?
Tidak boleh.

9.      Sekiranya kenderaan AEV yang tenggelam tersebut masih dapat meneruskan perjalanan sehingga ke penghujung trek, adakah masih dikira sebagai pemenang jikalau pihak lawan gagal meneruskan pertandingan?
Ya sekiranya kenderaan AEV anda tidak bersentuhan dengan lantai trek di kawasan air.

10.  Pasukan saya ingin menukar bateri yang baru untuk setiap pusingan. Adakah dibenarkan?
Ya. Akan tetapi, sekiranya didapati melebihi 3V, pasukan anda akan disingkirkan.